KUALA LUMPUR: Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.
Misi berkenaan adalah yang pertama melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Karisma Humanitarian Outreach Mission( KHOM) dengan kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), Childcare Charity Association (CCCA) dan Tentera Udara Diraja Jordan.
Pengarah Misi KHOM Nik Marina Hussin berkata 'Operasi Kecemasan Airdrop Gaza' itu satu-satunya pilihan yang ada bagi membantu penduduk di utara Gaza yang sedang berdepan kebuluran berikutan penutupan semua akses masuk oleh tentera Israel.
"Ini langkah kemanusiaan terbaru KHOM dalam misi bantuan ke Palestin menerusi inisiatif penghantaran secara airdrop yang dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Jordan bagi membantu sekitar 300,000 penduduk Palestin yang terputus sumber bekalan," katanya kepada Bernama.
Nik Marina berkata selain bantuan makanan, sebanyak 200 kotak kit kebersihan diri juga akan dihantar menggunakan trak melalui jalan darat.
"Kami dimaklumkan bantuan dijangka tiba di utara Gaza dalam masa seminggu susulan proses koordinasi yang perlu dilaksanakan oleh pihak tentera selain mengikut giliran dan kesesuaian jadual penghantaran," katanya.
Beliau yang kini berada di Amman, Jordan berkata pihaknya juga sedang memantau kerja-kerja pembungkusan di gudang yang terletak di Zarqa, sebelum membuat penyerahan kepada wakil JHCO dan seterusnya disampaikan kepada pihak Tentera Udara Diraja Jordan.
Nik Marina berkata inisiatif KHOM ini diharap akan membuka jalan kepada lebih banyak NGO Malaysia mendapatkan akses penghantaran bantuan ke utara Gaza.
"Kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan KHOM bagi menghantar bantuan ke utara Gaza," katanya.
Operasi airdrop ini merupakan fasa ke-14 kempen KHOM dalam membantu Palestin sejak perang ke atas Gaza meletus pada Oktober lepas.
KHOM, sebuah NGO berdaftar giat melaksanakan misi kemanusiaan di enam negara termasuk Jordan, Syria dan Palestin, antara lain bagi membantu pelarian dan mangsa perang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Nik Marina berkata 'Operasi Kecemasan Airdrop Gaza' itu satu-satunya pilihan yang ada bagi membantu penduduk di utara Gaza yang sedang berdepan kebuluran. - Gambar FB KHOM
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
KHOM, NGO Malaysia pertama laksana operasi gugur bantuan ke utara Gaza
Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.